View In: English / B. Malaysia |
NOTIS PRIVASI RHB |
Anda faham bahawa RHB Investment Bank Berhad ("RHBIB") akan menggunakan, mengumpul, merekod, menyimpan, berkongsi dan/atau memproses maklumat peribadi anda, termasuk, tanpa had, butir-butir pengenalan anda, maklumat latar belakang, data kewangan, penduduk cukai dan maklumat lain yang berkaitan dengan permohonan anda untuk produk dan / atau perkhidmatan yang
untuk mana-mana dan/atau semua tujuan-tujuan yang berikut ("Tujuan"), jika berkaitan:
Anda faham dan mengakui bahawa RHBIB perlu memproses maklumat peribadi anda untuk Tujuan tersebut, tanpanya RHBIB tidak akan dapat menyediakan produk/perkhidmatan yang anda minta daripada RHBIB dan untuk memaklumkan anda tentang sebarang perubahan penting atau perkembangan tentang produk/perkhidmatan tersebut. Di mana anda telah memberi RHBIB maklumat peribadi sensitif (khususnya, maklumat tentang kesihatan fizikal / mental anda untuk permohonan bagi produk insurans / perkhidmatan), anda dengan ini memberikan RHBIB persetujuan nyata anda untuk memproses mengikut cara yang dinyatakan dalam Notis Privasi ini. Anda boleh menjalankan pilihan anda berkenaan dengan menerima bahan-bahan pemasaran (termasuk penjualan silang, pemasaran dan promosi seperti yang dinyatakan di atas) pada bila-bila masa dengan melawat www.rhbinvest.com atau hubungi customer.service@rhbgroup.com. Anda faham bahawa RHBIB mungkin akan mendedahkan maklumat peribadi anda (atau maklumat peribadi sensitif, jika berkenaan) kepada syarikat-syarikat lain di dalam Kumpulan Perbankan RHB, penyedia-penyedia perkhidmatan, peniaga-peniaga dan rakan-rakan kongsi strategik, pembekal-pembekal termasuk agensi-agensi pemungutan hutang, penasihat-penasihat profesional, persatuan-persatuan berkaitan industri/kewangan, biro-biro kredit atau agensi-agensi pelaporan kredit dan pencegahan penipuan, agensi-agensi kerajaan, institusi-institusi kewangan yang lain dan mana-mana ejen, pekerja, dan/atau mana-mana orang mereka, sama ada bertempat di dalam atau di luar Malaysia untuk Tujuan tersebut, jika berkenaan, tertakluk pada setiap masa kepada mana-mana undang-undang (termasuk peraturan-peraturan, piawaian, garis panduan dan / atau obligasi) yang terpakai kepada RHBIB. Anda juga faham bahawa anda boleh meminta untuk membuat pembetulan (jika maklumat peribadi anda adalah tidak tepat, ketinggalan zaman, tidak lengkap, dan lain-lain), akses kepada (fi yang ditetapkan mungkin dikenakan), atau untuk menghapuskan (jika anda tidak lagi mempunyai apa-apa produk/perkhidmatan yang sedia ada dengan Kumpulan Perbankan RHB) ke atas maklumat peribadi anda atau mengehadkan pemprosesan itu pada bila-bila masa selepas ini dengan mengemukakan permintaan tersebut melalui pos, e-mel atau faks kepada alamat berikut:
Pengurus Anda mengakui bahawa Kumpulan Perbankan RHB boleh mengubahsuai atau mengemas kini Notis Privasi ini dari masa ke semasa, di mana salinannya boleh didapati di www.rhbgroup.com dan anda boleh menyalurkan sebarang aduan atau pertanyaan yang anda mungkin ada dengan cara yang ditunjukkan di atas. [Perenggan ini hanya terpakai kepada pelanggan-pelanggan RHB Investment Bank Berhad sahaja, jika ada] Anda faham bahawa RHBIB dikawal oleh Bursa Malaysia, dan data peribadi anda mungkin didedahkan kepada mana-mana entiti Bursa yang berkaitan (di mana akan merangkumi Bursa Malaysia Berhad, Bursa Malaysia Securities Berhad, Bursa Malaysia Securities Clearing Sdn Bhd, Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd, Bursa Malaysia Derivatives Clearing Berhad, atau Bursa Malaysia Derivatives Berhad) (secara kolektif, "Bursa Malaysia") untuk tujuan perundangan, peraturan dan pentadbiran, jika berkenaan. Di mana data peribadi anda didedahkan kepada Bursa Malaysia, anda faham bahawa amalan perlindungan data peribadi Bursa Malaysia seperti yang dinyatakan dalam Notis Data Peribadi Bursa, (boleh didapati di https://www.bursamalaysia.com/personal_data_notice) akan terpakai. [Perenggan ini hanya terpakai kepada penjamin-penjamin individu, jika ada] Anda faham bahawa sebagai penjamin, RHBIB akan memproses maklumat peribadi anda mengikut Tujuan yang dinyatakan di atas dan anda akan mempunyai hak-hak yang sama untuk mengakses dan membetulkan maklumat peribadi anda seperti yang dinyatakan di atas. PENGIKTIRAFAN DAN KEBENARANDengan memberikan maklumat peribadi anda berserta tandatangan, anda mengizinkan RHBIB memproses maklumat peribadi anda untuk mana-mana pendedahan yang diperlukan dan pemindahan maklumat peribadi anda ke luar negara kepada pihak ketiga yang berkaitan, jika berkenaan.Anda bersetuju dengan pendedahan dan/atau pemindahan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga yang berkaitan akibat daripada apa-apa penyusunan semula, penjualan atau pengambilalihan mana-mana syarikat dalam Kumpulan Perbankan RHB, dengan syarat bahawa penerima menggunakan maklumat peribadi anda untuk Tujuan tersebut sahaja. Anda juga menyatakan dan menjamin bahawa anda telah cukup memperolehi persetujuan individu-individu pihak ketiga (contohnya keluarga, pasangan, pihak-pihak berkaitan, pemegang kad tambahan dan/atau orang hubungan kecemasan, lain-lain) di mana maklumat peribadi mereka telah anda dedahkan kepada RHBIB untuk membenarkan RHBIB membuat pemprosesan yang sama berhubung dengan Tujuan, jika berkenaan. [Perenggan ini hanya terpakai kepada penandatangan yang diberi kuasa/orang yang boleh dihubungi daripada pelanggan-pelanggan korporat RHBIB, jika ada] Sebagai penandatangan yang diberi kuasa/orang yang boleh dihubungi daripada pelanggan korporat RHBIB, anda memahami bahawa maklumat peribadi pengarah-pengarah, pemegang-pemegang saham individu, pekerja-pekerja, penandatangan lain yang diberi kuasa, penjamin individu, penyedia keselamatan individu, pembekal-pembekal dan/atau pihak-pihak berkaitan dan lain-lain, boleh dikumpul dan diproses oleh RHBIB untuk tujuan transaksi komersial antara pelanggan korporat dengan RHBIB. Anda menyatakan dan menjamin bahawa anda berhak untuk memberikan maklumat peribadi tersebut kepada RHBIB dan / atau persetujuan yang sesuai telah diperolehi untuk membolehkan RHBIB memproses maklumat peribadi untuk tujuan tersebut. [Perenggan ini hanya terpakai kepada ibu bapa/penjaga undang-undang/waris/wakil bagi pemegang-pemegang Akaun Junior, jika ada] Jika anda memberikan persetujuan sebagai ibu bapa/penjaga undang-undang/waris/wakil bagi pemohon kanak-kanak, anda faham bahawa maklumat peribadinya akan diproses oleh RHBIB untuk Tujuan yang dinyatakan di atas. |